Muzik dan nilai-nilai bersama menyatukan manusia dengan kepercayaan agama yang berbeza

Setelah melalui konflik pada masa lalu, penganut Kristian, Islam dan penganut agama lain kini tinggal bersama-sama dengan aman di pulau Halmahera Utara di Indonesia

Pulau Halmahera Utara terletak di utara Indonesia
Halmahera Utara kaya dengan kepelbagaian agama dan etnik. Agama majoritinya ialah Islam dan Kristian.

Komuniti Halmahera telah dicemari oleh sejarah hitam konflik etnik dan keagamaan dari tahun 1999 hingga 2000.

Semasa konflik yang turut melibatkan pemisahan agama, ramai penduduk terbunuh atau kehilangan tempat tinggal.

Konflik tersebut mendesak komuniti ini supaya mengimbau semula nilai-nilai dan kebijaksanaan tradisi Hibua Lamo sebagai asas kepada kebersamaan.

Penduduk Halmahera yang menganut kepercayaan yang berbeza kini bersatu dalam tradisi Hibua Lamo.

Perkataan “Hibua Lamo” bermaksud rumah besar malah turut merujuk kepada perkongsian nilai. Ia juga merangkumi sejarah dan amalan seni muzik yang dikongsi bersama.

Aktivis tempatan mewariskan kebijaksanaan tradisi Hibua Lamo kepada generasi muda. Slogan Hibua Lamo ialah “Kita Semua Bersaudara”.

Muzik Yangere biasanya dimainkan sewaktu perayaan seperti Tahun Baru oleh mereka yang menganut kepercayaan yang berbeza sambil melawat dari rumah ke rumah.

Muzik menyatupadukan kekuatan dan membina perhubungan antara manusia yang mempunyai kepercayaan agama yang berbeza.

Tonton filem penuh Yangere untuk keamanan

Kongsi pendapat anda
Semua siaran adalah tanpa nama dan akan diluluskan oleh editor kami sebelum diterbitkan.

Soalan untuk difikirkan

Bagaimanakah kepelbagaian agama boleh dilihat dalam komuniti setempat anda? i.e. tempat ibadat (bangunan dan kuil) perayaan, pakaian, makanan, muzik dll.

Bagaimanakah anda mengenali agama lain dalam komuniti setempat anda? i.e. mengajar di sekolah, melalui rakan dan keluarga, dengan melawat bangunan agama lain dll.

Filem dan kisah-kisah lain berkaitan antara agama

Lagi cerita video

Video dan kisah bergambar ini merangkumi bahan pembelajaran untuk digunakan dalam pendidikan.

Iraq

Lamia Bashar

Kaum wanita dan kanak-kanak menanggung padah selepas peristiwa penghapusan etnik puak Yazidi

Bahasa yang tersedia
English | Kurdî | عربى

Iraq

Peace Journey

Join Muslims, Christians, Yazidi as they visit religious minority sites in Iraqi Kurdistan

Bahasa yang tersedia
English | Kurdî | عربى

Bali

Unity

Bali deal with religious diversity both in the community and within a family

Bahasa yang tersedia
English | Melayu | Bahasa Indonesia

Learn more

More information about Diversity and Civil society

For educators

Find more resources on education about diversity here

Contributors and sponsors

Thanks for financial support from the Norwegian Ministry of Foreign Affairs and Norwegian Agency for Development Cooperation (NORAD)
Thanks to our partners and contributors, including:

LEAVE A COMMENT